Tuesday, October 28, 2008

FAKTA IKAN KELI










TERNAKAN IKAN KELI

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.
Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

Ikan Keli yang dijual di pasar.
Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
Ikan Keli Kayu /Hitam/Keras/Liat-Clarias batrachus(Linnaeus)
Tersebar luas di Malaysia.Habitatnya termasuklah di sawah padi,paya atau parit-parit saliran dan pengairan,lubok-lubok sungai,parit dan bekas lombong.

Ikan Keli Bunga /Lembut/Mamah-Clarias macrocephalus(Gunther)
Warna badan di bahagian dorsal dan sisi adalah kelabu sementara di bahagian ventralnya keputihan.Sirip pelviknya keputihan manakala sirip-sirip lain berwarna kehitaman.

Ikan Keli Eksotika /Afrika-Clarias pariepinus/lazera (Cuvier&Valenciennes)
Berasal dari Afrika.Ia bersifat omnivor yakni makanannya terdiri dari bahan sayuran,invertebrat akuatik,ikan-ikan kecil dan puing(detritus).Sesuai bagi tujuan akuakultur kerana:.
*Boleh matang dan mudah membiak di dalam kurungan,termasuk pembiakan aruhan.
*Boleh membesar dengan cepat.
*Boleh diternak dengan kepadatan yang tinggi.
*Boleh tahan kepada pelbagai keadaan kualiti air.
KACUKAN KELI BUNGA DAN KELI EKSOTIKA.
Ianya adalah kacukan keli bunga betina dengan keli afrika jantan.Kepalanya berbentuk keli oksotika sementara badannya mewarisi keli bunga.
Antara ciri-ciri yang menyebabkan ia sesuai diternak ialah:.
*Mudah diterima kerana dagingnya yang enak,warna yang sama dengan keli bunga serta rupa yang menarik.
*Kadar tumbesaran yang lebih cepat,hanya dalam masa 3 bulan boleh mencapai 200g.
*Mudah diternak dengan makanan rumusan secara bersepadu,ikan baja dan bahan buangan pertanian.
*Tolenrasi yang tinggi kepada qualiti air dan penyakit.

Senarai kandungan
1. Ikan ternakan
Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 di pasar Semenyih.
Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".
2.Kepercayaan
Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak.
Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli. Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak.
Sebaliknya di Semenyih, Selangor, ikan keli menjadi hidangan istimewa dalam kenduri keluarga.






No comments: