Friday, October 31, 2008

PEMANTAUAN KUALITI AIR







PEMANTAUAN KUALITI AIR

1.Piawaian mutu air yang sesuai untuk ikan membesar

Parameter mutu air / Julat Bacaan
PH 6.8~8.5
Kandungan O2 terlarut 3.0~5.0 mg/l
Suhu 26~32 ‘C
Kekeruhan 30 cm
Ammonia (NH3) <>Alat ujian meter air
*PH comparator untuk uji pH
*YSI meter kit untuk uji kandungan oksigen
terlarut,pH,suhu dan kekeruhan.
*Hach Kit untuk menguji ammonia,nitrat,nitrit,alkalinity dsb.

3 .Menguji mutu air.
Ujian mutu air biasanya dijalankan sekurang kurangnya 2 minggu sekali pada waktu pagi.

4 Tindakan pembaikan mutu air.
Tindakan pembetulan mutu air perlu dilakukan supaya tahap mutu air sesuai untuk ikan hidup
dan membesar.
Cadangan tindakan adalah seperti berikut:.
.
· pH dan alkalinity rendah – taburkan kapur digigi air kerana kapur akan larut dan menigkatkan pH air.
· Kandungan Oksigen rendah- masukkan air baru atau pasang alat pengudaraan.
· Suhu terlalu tinggi masukkan air baru.
· Kekeruhan terlalu rendah –baja kolam
· Ammonia,nitrat dan nitrit yang tinggi-tukar air baru.







Thursday, October 30, 2008

PEMBERIAN MAKAN IKAN KELI

RM58 FOR 20KG
RM54 FOR 20KG

RM51 FOR 20KG


RM49 FOR 20KG (As oct08)
TERNAKAN IKAN KELI
PEMBERIAN MAKANAN

Makanan yang kekurangan zat akan mengurangkan daya tahan ikan terhadap penyakit.Oleh itu pemberian makanan yang seimbang adalah penting bagi memastikan pertumbuhan ikan yang baik.

Jenis jenis makanan ikan.
*Pellet (makanan rumusan)
*Sisa makanan seperti sayura-sayuran,dedak,PKS,hampas soya dsb.
*Campuran Ikan baja/Dedak padi
Campuran 90% ikan baja dan 10% dedak padi boleh diberikan untuk dua bulan
pertama.Selepas itu kadar kadar dedak padi ditingkatkan 20% disamping 10%
beras hancur yang dimasak.Makanan boleh dijadikan bentuk “paste”(belacan).
Campuran vitamin dan garam galian adalah digalakkan bagi menghasilkan campuran
Makanan yang bermutu.
*Perut ayam
Rebus dan cincang dengan mesin pengisar sebelum diberi makan ikan.
*Tumbuhan seperti rumput dan daun ubi.

Makanan yang sering digunakan dalam ternakan komersial ialah pellet yakni makanan rumusan.Pellet biasanya terbahagi kepada empat kategori.Pellet pra permulaan (Pre starter) yang mengandungi 40% protin.Pellet permulaan (Starter) yang mengandungi 32% protin .Pellet pembesaran(Grower) yang mengandungi 28% protin dan pellet penamat(Finisher) yang mengandungi 18~24% protin.

Kadar pemberian makanan adalah bergantung kepada umur dan berat ikan.

Umur Ikan Kadar Pemberian Makanan
(% dari berat badan)
1.1~30 hari 6.0
2.31~60 hari 5.0
3.61~90 hari 4.0
4.91~120 hari 3.0
5.Lebih dari 120 hari 2.0

Kadar yang sebenar bergantung pada suhu,kandungan oksigen,kandungan ammonia serta kesihatan ikan..
Dalam keadaan biasa adalah sukar untuk menilai keberkesanan pemakanan keli jika menggunakan makanan yang tenggelam ke dasar.Jadi gunakan rumusan jenis terapung bagi memudahkan kita menganggar jumlah makanan yang telah dimakan.

Persampelan makanan
Uutuk mengetahui jumlah makanan yang perlu diberi setiap hari,penternak perlu menjalankan kerja persampelan iaitu mengambil contoh ikan secara rawak.

Contoh:.
*Tangkap ikan 20 ekor secara rawak.
*Timbang berat ikan dan kira purata berat.
*Anggarkan jumlah ikan di dalam kolam.
*Seteruskan dapatkan berat makan yang diperlukan bergantung pada umur ikan.

Makanan diberi2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang,yakni 50 peratus di sebelah pagi dan 50% lagi di sebelah petang.Makanan diberi sedikit-sedikit .Kelebihan memberi makanan boleh menyebabkan ikan mati kekenyangan.

Kaedah pemberian makanan
*Tabur terus
*Makanan ditabur ke dalam petak makanan
*Feeding Tray































Wednesday, October 29, 2008

PELEPASAN BENIH KELI

Benih saiz 3inci
Benih saiz 2 inchi
TERNAKAN IKAN KELI
KAEDAH MELEPASKAN BENIH
Anak ikan bersaiz 2~3 inchi.Lebih daya tahan.
Kadar pelepasan ~ 100ekor/meter persegi.Kadar pertukaran air kolam ialah sebanyak 30% sehari.Masa yang baik bagi pelepasan anak ikan ialah pada awal pagi atau lewat petang.

1.Menstabilkan suhu
*Rendam beg plastic ke dalam air kolam selama 15~30 minit.
*Selepas jangkamasa tersebut suhu air dalam beg plastic dan suhu air kolam akan sama

2.Memeriksa kualiti benih
*Benih yang mengalami tekanan direhatkan.
*Benih yang cedera dan ada tanda-tanda penyakit diasingkan.
*Hanya ikan yang sihat dan cergas sahaja dilepaskan.

3.Melepaskan benih.
*Buka beg palstik.
*Masukkan sedikit demi sedikit ait ke dalam beg plastic supaya suhu air menjadi sama.
*Biarkan benih keluar sendiri dari beg plastic.
*Ulangi proses ini sehingga semua benih dilepaskan.

Untuk permulaan jangan diberi makan kerana kemunkinan ikan mati adalah besar.Hanya selepas 12 jam baru diberi makan.

















Tuesday, October 28, 2008

JENIS JENIS KOLAM

TERNAKAN IKAN KELI

CONTOH KOLAM KANVAS
Kolam kanvas/fibreglass semakin mendapat sambutan bagi mereka yang tidak mempunyai kawasan yang besar.Kadar kemasukan lebih kurang 100/m2.
Kolam kanvas boleh di letak atas tanah atau di dalam bangunan.
Sumber air yang berkualiti dan mencukupi sentiasa diperlukan.Antara sumber yang sesuai ialah sungai,telaga,mata air atau bekalan paip awam.























CONTOH CONTOH KOLAM SIMEN
Biasanya saiz kolam simen/konkrit berbeza-beza mengikut kesesuaian.Tangki bersaiz 3m x 5m boleh memuatkan 1500 ekor.(100/m2)
Anggaran kos pembinaan kolam konkrit lebih kurang RM35/kaki persegi.

FAKTA IKAN KELI










TERNAKAN IKAN KELI

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.
Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

Ikan Keli yang dijual di pasar.
Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
Ikan Keli Kayu /Hitam/Keras/Liat-Clarias batrachus(Linnaeus)
Tersebar luas di Malaysia.Habitatnya termasuklah di sawah padi,paya atau parit-parit saliran dan pengairan,lubok-lubok sungai,parit dan bekas lombong.

Ikan Keli Bunga /Lembut/Mamah-Clarias macrocephalus(Gunther)
Warna badan di bahagian dorsal dan sisi adalah kelabu sementara di bahagian ventralnya keputihan.Sirip pelviknya keputihan manakala sirip-sirip lain berwarna kehitaman.

Ikan Keli Eksotika /Afrika-Clarias pariepinus/lazera (Cuvier&Valenciennes)
Berasal dari Afrika.Ia bersifat omnivor yakni makanannya terdiri dari bahan sayuran,invertebrat akuatik,ikan-ikan kecil dan puing(detritus).Sesuai bagi tujuan akuakultur kerana:.
*Boleh matang dan mudah membiak di dalam kurungan,termasuk pembiakan aruhan.
*Boleh membesar dengan cepat.
*Boleh diternak dengan kepadatan yang tinggi.
*Boleh tahan kepada pelbagai keadaan kualiti air.
KACUKAN KELI BUNGA DAN KELI EKSOTIKA.
Ianya adalah kacukan keli bunga betina dengan keli afrika jantan.Kepalanya berbentuk keli oksotika sementara badannya mewarisi keli bunga.
Antara ciri-ciri yang menyebabkan ia sesuai diternak ialah:.
*Mudah diterima kerana dagingnya yang enak,warna yang sama dengan keli bunga serta rupa yang menarik.
*Kadar tumbesaran yang lebih cepat,hanya dalam masa 3 bulan boleh mencapai 200g.
*Mudah diternak dengan makanan rumusan secara bersepadu,ikan baja dan bahan buangan pertanian.
*Tolenrasi yang tinggi kepada qualiti air dan penyakit.

Senarai kandungan
1. Ikan ternakan
Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 di pasar Semenyih.
Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".
2.Kepercayaan
Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak.
Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli. Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak.
Sebaliknya di Semenyih, Selangor, ikan keli menjadi hidangan istimewa dalam kenduri keluarga.